大发三分快3Kalendar 24 musim: Hujan

  • 时间:
  • 浏览:3
  • 来源:一分11选5-首页

Kalendar "24 musim" merupakan satu sistem yang membahagikan masa setahun kepada 24 penggal yang panjangnya hampir sama dan perubahan iklimnya tidak besar. Sistem kalendar tersebut merupakan hasil kajian rakyat China setelah menjalankan cerapan cakerawala dan membuat pemerhatian yang teliti dalam bidang meteorologi. Sistem kalendar itu telah menjadi alat yang sangat berguna bagi kaum tani kerana daripada kalendar itu, mereka boleh mengetahui masa yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti pertanian seperti penanaman dan penuaian.

Berdasarkan catatan sejarah, pada tahun 104 Sebelum Masihi orang China telah menghasilkan kalendar "24 musim". Rakyat China pada zaman purba juga telah menciptakan "Lagu 24 Musim" dan "Sajak 24 Musim" supaya orang ramai lebih mudah untuk mengingat akan sistem kalendar itu.

"Hujan" merupakan penggal kedua dalam kalendar "24 musim" selepas "Permulaan Musim Bunga". Hari pertama penggal itu iaitu hari "hujan" yang jatuh pada 18 hb, 19 hb atau 20 hb bulan Februari setiap tahun. Daripada nama penggal itu, kita boleh tahu bahawa "hujan" biasanya dikaitkan dengan fenomena cuaca. Hari "hujan" bagi tahun ini telah jatuh pada 19 hb Februari lalu.

Menurut nota dalam dalam kalendar "24 musim", definisi bagi penggal "hujan" ialah "air batu dan salji mencair berikutan tiupan angin timur yang membawa hujan".

Di tempat asalnya kalendar "24 musim" iaitu kawasan aliran Sungai Kuning, ketibaan hari "hujan" menandakan kelembapan udara akan mula bertambah, penurunan hujan pun meningkat dan suhu udara di bahagian utara China juga akan naik. Ini juga menandakan berakhirnya musim sejuk yang kesejukannya seolah-olah boleh menusuk sehingga ke tulang. Bermula dari hari itulah, orang ramai akan dapat merasakan udara yang lembap dan menikmati sinaran matahari yang menyeronokkan serta penurunan hujan renyai.

Di China terdapat satu pepatah yang berbunyi bahawa "Harga air hujan musim bunga lebih mahal daripada minyak". Memanglah, air hujan pada awal musim bunga tentu sangat bernilai bagi kaum tani yang rezeki mereka daripada hasil pertanian.

Berdasarkan catatan sejarah China tentang cuaca, pada hari "hujan" setiap tahun, kebanyakan kawasan di China akan dituruni hujan. Penurunan hujan pada hari itu akan memberi kesan yang penting terhadap aktiviti pertanian kemudian.

Di China, terdapat banyak bidalan mengenai hari "hujan" tersebut. Ada yang mengatakan bahawa "jika hujan turun pada hari 'hujan', tanaman akan tumbuh dalam keadaan yang baik dan membawa tuaian yang banyak". Ada juga orang berpendapat bahawa selepas hari "hujan", iklim akan menjadi semakin panas. Ini merupakan tempoh yang penting bagi aktiviti penanaman, tumbuh-tumbuhan yang ditanam perlu diberi lebih banyak air dan baja selepas sepanjang musim sejuk.

Orang China juga percaya bahawa jika jika hujan turun pada hari "hujan", maka sukatan hujan akan menjadi seimbang dalam tempoh sepanjang tahun.

Oleh sebab wilayah China begitu luas, maka iklim di utara dan selatan juga amat berbeza. Misalnya, di beberapa provinsi di pantai tenggara China seperti Guangdong, Hainan dan Guangxi, cuaca musim sejuk di sana tidak berapa sejuk dan selalu dituruni hujan. Manakala, di provinsi-provinsi paling utara China seperti Mongolia Dalam dan Heilongjiang, kadangkala salji juga akan turun selepas hari "hujan".

Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya, suhu udara di seluruh negara China akan naik dan sukatan hujan juga akan meningkat selepas hari itu.

Keadaan cuaca semasa ketibaan penggal "hujan" dalam kalendar "24 Musim" merupakan hasil kajian rakyat China yang arif dan bijiaksana dalam jangka masa beribu-ribu tahun.

Perubahan iklim dan cuaca yang tercatat tersebut semuanya boleh dibuktikan dengan cara saintifik dan telah menyediakan panduan yang berguna kepada kaum tani China sama ada dalam pengeluaran ataupun dalam kehidupan.

----Puspa